-->

Iklan Billboard 970x250

Sedikit ilmu dan amal

Sedikit ilmu dan amal

Sedikit ilmu dan amal yg mengenali Tuhan itu adalah lebih berharga daripada banyak ilmu dan amal yg jahil tentang Tuhan.

Terjunlah kedalam lautan Laa haula wa laa quwwata illa billah dengan keyakinan daripada Allah, semoga engkau dapat mengutip sedikit mutiara rahsia baik-sangkamu terhadap Allah Azza Wajalla.

Orang yg kuat itu ialah orang yg dapat menahan kesabaran kerana ia melihat Allah yg mengujinya.
Tempat kerehatan dan kesenangan itu adalah meridhai Allah dan menyerahkan segala pilihannya kepada pilihan Allah.

Jikalau engkau tidak mampu untuk menghidu, apatah lagi merasai sesuatu makanan(rohaniyah) maka janganlah engkau tergopoh-gapah membuang dan mencelanya, kerana alam ini adalah tempat jamuan Tuhan.

Kenal Allah dengan akalmu tidak kesampaian, bahkan kadang-kadang menyesatkan.
Kenal Allah dengan Allah melalui jalan iman dan taqwa.
Syariat Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan supaya manusia tidak tersesat didalam perjalanan menuju Tuhan sekalian alam.

Al-Quran adalah Khusus diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W
Adapun akal kamu belum tentu benar ataupun menyesatkan
Akal tanpa panduan Al-Quran yg diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W akan menyesatkan kamu dari jalan Allah!

Menuntut sesuatu selain Allah adalah tipudaya dalam jalan Ketuhanan.
Orang yg benar-benar didalam kehambaannya tidak menuntut sesuatu selain Allah.
Selagi engkau masih sibuk memandang selain Allah, maka engkau tidak akan merasa ketenangan yg hakiki.

Bertaubat kepada Allah dengan rasa hina diri  dan penyesalan adalah lebih mulia daripada berbuat amal taat dengan rasa sombong dan bangga diri kepada manusia.

Bertaubat kepada Allah dengan rasa hina diri  dan penyesalan adalah lebih mulia daripada berbuat amal taat dengan rasa sombong dan bangga diri kepada manusia.

Rasa kehinaan mendekatmu kepada Allah dan rasa kemuliaan menjauhkanmu daripada Hadrat Allah.

Sabar itu adalah kunci kekuatan iman, dan sabar engkau memandang Allah yg mengujimu.

Jangan engkau bergantung kepada selainKU, kerana selainKU itu tidak memiliki sesuatu apapun.

AKU-lah (ALLAH)  yg menentukan segala sesuatu sebelum wujud sesuatu.

Hiduplah bersamaKU(ALLAH),itulah kehidupan yg hakiki.

Ya Allah! Janganlah Engkau tuntut kami dengan KeadilanMu kerana kami lemah....
Ya Allah! Tuntutlah kami dengan rahmatMu, KeampunanMu, Kasih-SayangMu dan Belas-KasihanMu...

Ya Allah! Teguhkanlah rohku berhadap DzatMu....

-  BUTA SELAIN ALLAH

Baca Juga
SHARE
Subscribe to get free updates

Related Posts

Iklan Tengah Post